Pasca perintah berkurung, ribuan warga Wuhan banjiri pesta kolam

Agensi
Ogos 19, 2020 01:27 MYT
Pengunjung pesta dilihat bergembira di sebuah kolam renang sambil menikmati muzik di Wuhan, wilayah Hubei, China, 15 Ogos, 2020. REUTERS
SETELAH diisytihar bebas daripada wabak COVID-19 yang melanda selama hampir tiga bulan, ribuan pengunjung membanjiri pesta kolam di Maya Beach Water Park di Wuhan, China, minggu lalu.
Pesta tersebut membabitkan festival tarian elektronik yang lengkap dengan deejay, penari yang memakai pakaian berwarna-warni dan pertunjukan piroteknik.
Ia merupakan gambaran yang sangat berbeza berbanding awal tahun ini, ketika bandar tersebut menyerupai kota hantu yang sepi tatkala perintah berkurung dilaksanakan.
Bagaimanapun, pengunjung yang menyertai pesta tersebut dilihat tidak mempraktikkan amalan penjarakan fizikal dan ramai yang tidak memakai pelitup muka.
Pesta itu merupakan sebahagian daripada Festival Muzik Elektronik HOHA di Happy Valley Wuhan, yang bermula pada 11 Julai dan akan berakhir pada 30 Ogos ini.
Susulan gambar dan video pesta tersebut tular di laman media sosial, rata-rata netizen mengecam warga Wuhan yang seolah-olah sudah melupakan pandemik yang mengorbankan kira-kira 778,000 orang di seluruh dunia setakat ini.

Im dead These man are partying it up while half of the world is still in crisis||. - Thousands attend pool party in Wuhan, China, the city where COVID-19 first emerged https://t.co/QTCuxQTYs1

— (@iamLaurieD) August 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

HAVE THEY NOT LEARNT THEIR LESSON???!!!?! Thousands attend pool party in Wuhan, China, the city where COVID-19 first emerged https://t.co/kSScdTtCHS

— jas (@dreamingofyou_x) August 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wuhan merupakan bandar yang mencatatkan kes positif COVID-19 yang pertama di seluruh dunia.
Pusat penyebaran COVID-19 dengan populasi 11 juta orang itu juga merupakan bandar pertama di seluruh dunia untuk melaksanakan perintah berkurung.
Perintah berkurung di bandar itu mula dilonggarkan pada Mac dan secara rasmi ditamatkan pada 8 April.
Bandar Wuhan dan wilayah Hubei tidak merekodkan sebarang kes penularan tempatan selama tiga bulan dan diisytihar bebas daripada virus berkenaan pada Jun setelah ujian dijalankan ke atas 10 juta penduduk.
Setakat 19 Ogos, China merekodkan 89,477 kes positif COVID-19 dan 4,704 kes kematian.
#COVID-19 #kes positif #Maya Beach Water Park #pandemik #pasca perintah berkurung #penjarakan sosial #pesta kolam #Wuhan