awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
Google tamat sokongan Chrome untuk macOS 12 mulai pertengahan 2026
Malawi isytihar wabak polio selepas virus cVDPV2 dikesan di Blantyre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca taufan Bhopa - Gerakan menggali bermula

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2012
04:45 MYT
Pasca taufan Bhopa - Gerakan menggali bermula
Pasukan mencari dan menyelamat mula menggali kesan runtuhan dan lumpur bagi mengeluarkan mayat mangsa yang terkorban berikutan bencana taufan Bhopa yang melanda selatan Filipina baru-baru ini.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa jumlah mangsa yang terkorban kini melebihi 500 orang manakala lebih 400 lagi masih hilang.
Taufan Bhopa yang melanda selama beberapa hari bermula Selasa telah memberi kesan yang amat dahsyat.
Selain jumlah kematian yang tinggi, lebih 310,000 penduduk kehilangan tempat tinggal di mana rumah mererka musnah selepas dibadai angin kencang selaju 175 kilometer sejam.
Kebanyakan mangsa terpaksa berhimpit-himpit di pusat penempatan sementara dan amat mengharapkan bantuan makanan daripada pasukan bantuan.
Dalam pada itu pihak berkuasa mengesahkan bahawa jumlah mangsa yang maut di lembah Compostela adalah seramai 252 orang dan di Davao Oriental pula seramai 216 orang.
Menurut laporan, 40 lagi ditemui mati di serata tempat manakala jumlah paling ramai dilaporkan hilang ialah penduduk New Bataan.
Kebanyakan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kehilangan anak-anak kecil dan insan tersayang.
Topic Berkaitan
#Bhopa
#mangsa
#menggali
#selatan Filipina
#taufan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan