DUNIA
Pascabanjir Aceh: Sejarah Tun Sri Lanang yang bakal tertimbus akibat badai
Keadaan terkini makam Tun Sri lanang seperti padang lumpur dengan bau hanyir selut. - Foto Astro AWANI/Seth Akmal.
Bireuen, Aceh: Umum mengetahui bahawa Aceh yang terkenal dengan gelaran kota Serambi Mekah telah terisi dengan momen sejarah sebagai garis masa ketamadunan Islam di rantau Asia Tenggara.
Sejarah panjang antara kesultanan Aceh dan Semenanjung Tanah Melayu sama ada sebagai saudara atau seteru cukup kuat berakar pada abad ke-16 sebelum terbentuknya Malaysia dan Indonesia.
Namun, pada 22 November badai Senyar mula menyerang wilayah Aceh menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta mengakibatkan kejadian banjir lumpur pada 26 November.
Air bah yang deras menyebabkan majoriti rumah, bangunan rumah kedai dan sekolah yang terletak di kawasan seperti Pidie Jaya, Aceh Tamiang, Lhokseumawe dan lain-lain telah musnah dan tertimbus.
Kampung Meunasah Lueng yang merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak di daerah Samalanga turut terkesan apabila banjir lumpur menghambat hampir seluruh kawasan kampung.
Penduduk kehilangan tempat tinggal atau istilah bahasa tempatan iaitu ‘pengungsi’ apabila mereka mula ‘mengungsi’ di masjid dan dewan orang ramai yang terdekat sejak dua minggu lalu.
Bukan sahaja masyarakat awam malah kawasan bersejarah juga tersenarai antara ‘mangsa’ korban akibat bah besar ini.
Di Desa ini, terletaknya makam Tun Sri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhammad Tun Ahmad (1565-1659) yang berasal dari Johor dan merupakan tokoh penting dalam lipatan sejarah Melayu yang menghasilkan khazanah berharga iaitu ‘Sulalatus Salatin’.
Untuk rekod, beliau dibawa ke Aceh pada 1613 apabila Sultan Iskandar Muda menyerang Johor semasa Perang Tiga Segi yang memakan masa hampir 100 tahun.
Tinjauan Astro AWANI pada 11 Disember menyaksikan makamnya yang dikelilingi dengan pagar hampir tertimbus dengan selut lumpur, hanya batu nesannya sahaja yang sedikit kelihatan.
Tidak cukup dengan itu, Istana beliau yang cantik dengan ukiran seni tradisional turut dibaham oleh angin kencang apabila dinding kayu terkopak dan bumbung telah tercabut.
Menurut penduduk tempatan, kawasan tersebut sebelum ini merupakan antara kawasan tumpuan pelancong kerana ia menyajikan suasana era zaman kesultanan dengan dihiasi pohon melinjau, mangga, durian dan pala.
Namun kini, kawasan makam tersebut seperti padang lumpur dengan bau hanyir selut; mujur papan tanda yang tertera ‘Makam Tun Sri Lanang’ tidak menjadi korban.
Menurut portal Seputar Aceh, makam tersebut telah ditemui pada 2004. Timbul persoalan adakah generasi akan datang akan mengulangi proses pencarian dan penemuan pada 20 tahun akan datang gara-gara badai Senyar?
Badai datang tanpa diundang, sedang Aceh sedang dilema memikirkan ‘di mana harus bermula?’ ketika jalan raya terputus, jambatan roboh, dan masjid-masjid ada yang ranap menyebabkan semuanya menuntut komitmen yang besar di peringkat nasional.
Ketika fokus untuk menangani banjir tertumpu kepada masyarakat awam; timbul persoalan adakah khazanah bersejarah yang tak bernyawa namun bernilai di mata ketamadunan ini hanya menunggu masa untuk dilupakan setelah tertimbus oleh lumpur.