awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia perkukuh kerjasama AI, keselamatan siber dengan China
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap Kanada jika Ottawa adakan perjanjian dengan China
Perak peruntuk RM1.8 juta bantu sekolah persendirian Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan pemantau ASEAN pulang, rundingan sempadan Kemboja-Thailand berakhir lancar

Bernama
Bernama
16/08/2025
08:46 MYT
Pasukan pemantau ASEAN pulang, rundingan sempadan Kemboja-Thailand berakhir lancar
Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Lt Jen Maly Socheata. - Foto Kementerian Pertahanan Kemboja
PHNOM PENH: Keselamatan di sepanjang sempadan sensitif Kemboja-Thailand kekal stabil apabila kedua-dua kerajaan terus giat berunding bagi menyelesaikan perbezaan.

Ringkasan AI
  • Keselamatan di wilayah sempadan seperti Preah Vihear, Oddar Meanchey dan Banteay Meanchey kekal stabil, menurut Kementerian Pertahanan Kemboja.
  • Mesyuarat Suruhanjaya Sempadan Serantau (RBC) diadakan di Trat, Thailand, menunjukkan sedikit kemajuan dalam rundingan.
  • Pasukan Pemerhati Sementara ASEAN (IOT) diketuai oleh Atase Pertahanan Malaysia, Kol Nazlee Abdul Rahim, telah menamatkan misi dua hari memeriksa pos kawalan sempadan.

Kementerian Pertahanan Kemboja dalam sidang media pada Sabtu memaklumkan keadaan di wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey dan Banteay Meanchey adalah normal.
Jurucakap kementerian, Lt Jen Maly Socheata, berkata mesyuarat Suruhanjaya Sempadan Serantau (RBC) antara kedua-dua negara yang berlangsung di wilayah Trat, Thailand, pada Jumaat telah mencatat sedikit kemajuan, namun tiada butiran lanjut didedahkan.
"Mesyuarat ini diharapkan dapat mencapai lebih banyak hasil positif yang membolehkan kedua-dua pihak melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi keamanan, kestabilan dan keadaan kembali normal," kata Maly.
Dalam sidang media itu, beliau turut memaklumkan bahawa Pasukan Pemerhati Sementara ASEAN (IOT) yang diketuai oleh Atase Pertahanan Malaysia ke Kemboja, Kol Nazlee Abdul Rahim, telah menamatkan misi dua hari mereka memeriksa keselamatan di kawasan sempadan.
Negara anggota ASEAN lain - Brunei, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam - turut menganggotai pasukan pemerhati itu.
Pasukan tersebut telah memeriksa pos kawalan sempadan di wilayah Banteay Meanchey dan Preah Vihear.
Kemboja dan Thailand kini berusaha mengekalkan serta memperkukuh perjanjian gencatan senjata yang dicapai pada 28 Julai di Malaysia, selepas pertikaian sempadan mencetuskan konflik bersenjata selama lima hari di utara Kemboja.
Campur tangan Malaysia selaku pengerusi ASEAN, serta Amerika Syarikat dan China sebagai pemerhati, berjaya mengawal keadaan tegang itu.
Kedua-dua kerajaan bersetuju untuk membincangkan isu-isu berbangkit berdasarkan perjanjian 13 perkara yang dicapai semasa Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Kemboja-Thailand pada 7 Ogos di Kuala Lumpur, yang turut disertai ketiga-tiga negara tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Thailand-Kemboja
#pasukan pemantau ASEAN
#gencatan senjata
#sempadan stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan