DUNIA
Pasukan penstabilan di Gaza tidak wajar hanya lindungi satu pihak berbanding pihak lain - Qatar
Sheikh Mohammed mengulangi seruan Qatar supaya bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza tanpa sebarang syarat. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Rabu berkata cadangan penempatan pasukan penstabilan (ISF) di Semenanjung Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata tidak seharusnya melindungi satu pihak berbanding pihak lain, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Bercakap kepada saluran Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar selepas mengadakan pertemuan di Washington dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio dan anggota Kongres AS, Sheikh Mohammed berkata Qatar menyuarakan kebimbangan terhadap pelanggaran gencatan senjata yang berulang di Gaza, sambil memberi amaran bahawa pelanggaran sedemikian meletakkan pihak pengantara dalam keadaan "memalukan".
"Kami tidak mahu pasukan penstabilan di Gaza yang berfungsi untuk melindungi satu pihak dengan mengorbankan pihak lain," katanya.
Perdana menteri itu berkata beliau bersetuju dengan Rubio untuk melipatgandakan usaha bagi mencapai perjanjian gencatan senjata Gaza fasa kedua, sambil memaklumkan bahawa persiapan sedang dibuat untuk pertemuan antara pihak pengantara pada Jumaat bagi membangunkan kerangka yang jelas untuk peralihan ke peringkat seterusnya.
Sheikh Mohammed menegaskan bahawa situasi kemanusiaan di Gaza menjadi tumpuan utama dalam perbincangan dengan anggota Kongres, sekali gus mengulangi seruan Qatar supaya bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke wilayah itu tanpa sebarang syarat.
"Situasi semasa di Gaza meletakkan perjanjian itu dalam keadaan berisiko setiap hari," katanya.
Beliau memberi amaran bahawa pelanggaran berterusan boleh menggagalkan gencatan senjata sepenuhnya.
Mengenai Syria, perdana menteri Qatar itu berkata Doha menyokong sekatan AS terhadap Damsyik ditarik balik bagi membolehkan pemulihan ekonomi, sambil menyifatkan detik ini sebagai peluang "untuk mengaktifkan usaha bersama bagi menyokong kerajaan Syria selepas pemansuhan sekatan".
Beliau turut menegaskan sokongan Qatar terhadap keutuhan wilayah Syria serta layanan yang adil terhadap semua rakyatnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Qatar menyuarakan kebimbangan terhadap pelanggaran gencatan senjata berulang di Gaza.
- Perdana Menteri Qatar menegaskan bahawa pasukan penstabilan Gaza tidak seharusnya melindungi satu pihak dengan mengorbankan pihak lain.
- Qatar menyokong sekatan AS terhadap Damsyik ditarik balik bagi membolehkan pemulihan ekonomi Syria.