awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan penyelamat asing sertai pencarian mangsa gempa bumi di Maghribi

Bernama
Bernama
11/09/2023
10:05 MYT
Pasukan penyelamat asing sertai pencarian mangsa gempa bumi di Maghribi
Pasukan penyelamat 'berlumba' dengan masa untuk mencari mangsa terperangkap dalam misi yang mencabar. - Foto Reuters
RABAT: Pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar mula menyokong pasukan penyelamat Maghribi di kawasan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda negara Afrika Utara itu, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita Maghribi, MAP pada Isnin.
Britain menghantar 60 pakar mencari dan menyelamat, bersama peralatan dan empat anjing pengesan untuk menyokong operasi yang diketuai oleh Maghribi, kata duta Britain, Simon Martin dalam satu hantaran yang dimuat naik awal Isnin di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Maghribi pada Ahad berkata kerajaan telah bertindak balas terhadap tawaran sokongan yang dibuat oleh Sepanyol, Qatar, Britain dan UAE, yang telah mencadangkan untuk menggerakkan sekumpulan pasukan mencari dan menyelamat.
Rabat berkata pihaknya kemudian boleh menerima tawaran sokongan yang dibuat oleh negara lain.
Kira-kira 2,122 orang terbunuh sejak gempa 6.8 magnitud, yang menggegarkan beberapa bahagian negara itu pada Jumaat, mencetuskan runtuhan batu, menyekat jalan dan menyukarkan pasukan penyelamat untuk sampai ke kawasan pergunungan yang teruk terjejas.
Pasukan penyelamat 'berlumba' dengan masa untuk mencari mangsa terperangkap dalam misi yang mencabar.
Saksi berkata, sehingga Ahad, beberapa kawasan terjejas masih gagal diakses akibat tanah runtuh yang menyukarkan operasi menyelamat. Beberapa mangsa yang terselamat berkata, bau mayat mula keluar dari bawah runtuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Maghribi
#pasukan penyelamat
#Anjing pengesan
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan