Pasukan penyiasat tunggu bukti Israel berhubung dakwaan ke atas UNRWA

Astro Awani
Mac 1, 2024 00:30 MYT
Badan penyiasat dilaporkan memberi taklimat kepada jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric. - Foto fail/UN
NEW YORK: Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka akan terima bukti daripada Israel berkaitan dakwaan kakitangan Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA) terlibat dalam serangan pada 7 Oktober tahun lalu.
Badan penyiasat bebas ini ditubuhkan sebaik sahaja beberapa negara menggantung dana kepada UNRWA susulan dakwaan Israel itu.
Israel mendakwa 12 kakitangan UNRWA membantu serangan Hamas ke atas Zionis.
Agensi itu kemudian memecat 9 daripada 12 kakitangan itu.
Badan penyiasat dilaporkan memberi taklimat kepada jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric, namun Dujarric tidak mendedahkan tempoh siasatan akan lengkap.
Guterres sebelum ini sifatkan UNRWA sebagai tulang belakang usaha bantuan agensi itu di Gaza.
#UNRWA #Israel #Hamas #PBB