awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan perubatan Jepun tiba di Myanmar untuk bantuan gempa bumi

Bernama
Bernama
02/04/2025
22:00 MYT
Pasukan perubatan Jepun tiba di Myanmar untuk bantuan gempa bumi
Setakat ini, angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda Myanmar pada Jumaat lalu melebihi 2,700 orang. - Foto fail/REUTERS
TOKYO: Sebuah pasukan perubatan dari Jepun tiba di Yangon, Myanmar pada Rabu bagi menyalurkan bantuan kecemasan termasuk alat kebersihan, bekalan air bersih dan penapis air, susulan gempa bumi kuat yang melanda negara Asia Tenggara itu beberapa hari lalu, lapor Agensi Berita Kyodo.
Pasukan pertama Jepun itu terdiri daripada 32 anggota dan akan menjalankan misi perubatan di lokasi bencana melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) yang disokong kerajaan serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar Jepun.
"Kami akan meneliti keadaan di kawasan terjejas dan berharap dapat memberikan sokongan yang berkesan," kata ketua pasukan kepada wartawan sebaik tiba di Yangon.
Sementara itu, Jepun bersedia menyalurkan bantuan kecemasan berjumlah kira-kira US$6 juta untuk mangsa bencana, menurut pengumuman kerajaan pada Rabu.
Bantuan itu akan disalurkan melalui pertubuhan antarabangsa berikutan keperluan kemanusiaan yang dijangka meningkat di Myanmar, menurut Kementerian Luar Jepun.
Setakat ini, angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda Myanmar pada Jumaat lalu melebihi 2,700 orang.
Selain itu, dua rakyat Jepun dilaporkan cedera di Mandalay, bandar kedua terbesar Myanmar, manakala seorang lagi cedera di Bangkok, Thailand.
Seorang lagi warga Jepun masih belum dapat dikesan di Mandalay, menurut kerajaan Jepun.
"Kerajaan Jepun akan terus bersama rakyat Myanmar dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang dapat memberi manfaat langsung kepada mereka," kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi, dalam satu sidang media.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#bekalan air
#gempa bumi
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan