DUNIA
Patung Iron Man tular bukan milik Sahroni, pereka tampil beri penjelasan
Eko menjelaskan patung itu adalah tempahan pelanggan luar negara dan berharga sekitar Rp9 juta, jauh lebih murah daripada koleksi mewah Sahroni. -Foto Instagram
JAKARTA: Sebuah patung Iron Man bersaiz manusia yang fotonya tular di media sosial sejak hujung minggu lalu disahkan bukan milik ahli politik Ahmad Sahroni, sebaliknya merupakan hasil karya seorang pereka dari Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia.
Ringkasan AI
Eko Purnomo, yang dikenali sebagai pembuat kostum dan patung karakter adi wira, tampil memberi penjelasan selepas karyanya disalah tafsir sebagai hasil penjarahan dari kediaman Sahroni di Tanjung Priok, Jakarta Utara, susulan insiden rusuhan pada 30 Ogos lalu.
“Saya terkejut apabila foto yang saya muat naik pada hari Jumaat dikaitkan dengan penjarahan. Itu patung Iron Man yang saya buat sendiri di rumah untuk pelanggan luar negara,” kata Eko kepada media tempatan pada Selasa.
Menurutnya, patung tersebut merupakan salah satu daripada dua tempahan yang sedang disiapkan — masing-masing untuk pembeli dari Malaysia dan Eropah.
Beliau secara konsisten berkongsi proses pembuatan melalui akaun Facebook miliknya, termasuk foto yang kini menjadi tular.
Foto berkenaan menunjukkan patung Iron Man berdiri di dalam sebuah bilik sederhana, yang kemudian disalah anggap sebagai hasil rampasan dari rumah Sahroni.
Ramai pengguna media sosial membuat andaian dan meme satira, menyebabkan Eko menerima kecaman yang tidak berasas.
“Saya harap orang ramai tidak lagi salah faham. Ramai yang komen dan mengecam saya, sedangkan itu hasil kerja tangan saya sendiri,” ujarnya.
Walaupun kecewa dengan salah faham tersebut, Eko mengakui berasa bangga apabila hasil karyanya disamakan dengan koleksi mewah milik Sahroni, yang diketahui memiliki enam patung Iron Man bersaiz sebenar bernilai sehingga Rp400 juta setiap satu.
“Kalau sampai disangka milik Sahroni, maknanya kualiti buatan saya boleh tahan juga. Padahal saya jual sekitar Rp9 juta (kira-kira RM2,350) sahaja,” tambahnya.
Ringkasan AI
- Patung Iron Man yang tular bukan milik Ahmad Sahroni, sebaliknya hasil karya Eko Purnomo dari Tulungagung, Jawa Timur.
- Foto patung tersebut disalah tafsir sebagai hasil penjarahan semasa rusuhan di Jakarta, menyebabkan Eko menerima kecaman tidak berasas.
- Eko menjelaskan patung itu adalah tempahan pelanggan luar negara dan berharga sekitar Rp9 juta, jauh lebih murah daripada koleksi mewah Sahroni.