[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Paus Francis gesa masyarakat antarabangsa bertindak hentikan perang di Lubnan

Astro Awani 26/09/2024 | 01:30 MYT
Paus Francis turut menggesa masyarakat dunia berdoa untuk keamanan bagi mereka yang menjadi mangsa peperangan. - Foto fail/REUTERS
PEMIMPIN tertinggi Vatican, Paus Francis menzahirkan rasa sedih susulan laporan kematian dan kemusnahan yang berlaku di Lubnan.
Menerusi hantaran di platform X pada Rabu, beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa berusaha sedaya upaya menghentikan peningkatan keganasan di negara itu yang disifatkannya sebagai dahsyat.
Menurut beliau, keadaan tersebut tidak dapat diterima sama sekali.
Beliau turut menyatakan solidariti bersama rakyat Lubnan yang sudah terlalu banyak menderita.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu lagi hantaran, beliau turut menggesa masyarakat dunia berdoa untuk keamanan bagi mereka yang menjadi mangsa peperangan.
Ini termasuk mereka yang terkorban akibat konflik di Ukraine, Palestin, Myanmar, Israel, Sudan dan di kawasan konflik lain.
#Paus Francis #perang #lubnan #terkini