Skip to main content

Dunia

Pawagam Britain pertimbang larangan cermin mata AI Meta

Meta CEO Mark Zuckerberg delivers a speech as he presents the new line of smart glasses, during the Meta Connect event at the company's headquarters in Menlo Park, California, U.S., September 17, 2025. REUTERS/Carlos Barria/File Photo
Baru-baru ini, mahkamah di England dan Wales, selain sejumlah restoran, pawagam dan pub mengambil langkah mengharamkan cermin mata pintar Meta susulan kebimbangan yang semakin meningkat. REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Pawagam di United Kingdom (UK) sedang mempertimbangkan untuk mengehadkan penggunaan cermin mata AI Meta berikutan kebimbangan mengenai potensi cetak rompak filem, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Sky News pada Khamis.

Persatuan Pawagam UK, badan perdagangan industri itu berkata banyak rangkaian pawagam mungkin memperkenalkan “dasar untuk melarang atau mengehadkan pemakaian cermin mata pintar yang dilengkapi kamera”.

Menurut persatuan itu, pengendali pawagam utama sedang mempertimbangkan pendekatan terhadap penggunaan cermin mata pintar berkenaan, sambil berusaha mengimbangi kebimbangan mengenai rakaman tanpa kebenaran dan privasi dengan manfaat daripada segi aksesibiliti bagi sesetengah pengguna.

Phil Clapp, Ketua Eksekutif persatuan itu berkata cermin mata berkenaan boleh memberi manfaat kepada individu yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran.

Baru-baru ini, mahkamah di England dan Wales, selain sejumlah restoran, pawagam dan pub mengambil langkah untuk mengharamkan cermin mata pintar Meta susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan ia digunakan sebagai peranti pengintipan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement