DUNIA
PBB beri amaran hampir 100,000 orang hilang tempat tinggal di utara Mozambique
Konflik yang bermula di wilayah Cabo Delgado pada 2017 itu telah menyebabkan lebih 1.3 juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut UNHCR. - Foto AP
GENEVA: Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Selasa memberi amaran bahawa serangan yang semakin meningkat di utara Mozambique (Afrika Selatan) telah menyebabkan perpindahan besar-besaran, dengan "hampir 100,000 hilang tempat tinggal dalam tempoh dua minggu lalu sahaja" apabila keganasan merebak ke kawasan yang sebelum ini tidak terjejas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Bercakap kepada wartawan secara maya dari Geneva, wakil UNHCR di Mozambique, Xavier Creach, berkata agensi itu "amat bimbang berikutan serangan yang semakin meningkat ke atas kampung-kampung serta penularan pantas konflik ke daerah yang sebelum ini selamat, memaksa puluhan ribu orang melarikan diri di seluruh utara Mozambique," sambil menegaskan bahawa kapasiti bantuan kemanusiaan tidak seiring dengan skala keperluan.
Mangsa yang melarikan diri menggambarkan bahawa "kumpulan bersenjata menyerbu kampung mereka, selalunya pada waktu malam, membakar rumah, menyerang orang awam dan memaksa keluarga melarikan diri sehelai sepinggang," katanya.
Ramai yang terpaksa melalui detik cemas yang memisahkan keluarga, dan ada yang kini hilang tempat tinggal buat kali kedua atau ketiga tahun ini.
Konflik yang bermula di wilayah Cabo Delgado pada 2017 itu telah menyebabkan lebih 1.3 juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut UNHCR.
Namun Creach berkata 2025 membawa "perubahan berbahaya", apabila serangan merebak melepasi Cabo Delgado ke wilayah Nampula, dengan orang awam tiba di penempatan sementara "berjalan kaki selama beberapa hari dalam ketakutan melampau" dan sering "tanpa sebarang dokumen pengenalan serta tanpa akses kepada perkhidmatan asas".
Wanita dan kanak-kanak perempuan kini berdepan risiko lebih tinggi, katanya, khususnya ketika krisis berlaku sepanjang kempen global 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender.
Pusat perlindungan komuniti yang tidak mempunyai pencahayaan dan privasi mendedahkan mereka kepada "risiko baharu keganasan seksual dan berasaskan gender", manakala warga emas dan individu kurang upaya berdepan kesukaran di lokasi yang tidak mudah diakses, katanya.
Kanak-kanak pula tiba dalam keadaan "letih, trauma dan lemah selepas berjalan kaki selama beberapa hari," dengan ramai yang tidak diiringi keluarga atau terpisah daripada mereka, kata Creach.
Pasukan bantuan kemanusiaan sedang bekerja mengenal pasti individu berisiko tinggi, menyatukan semula keluarga serta menyediakan kaunseling, kit maruah dan alat mobiliti, namun beliau memberi amaran bahawa tindak balas bantuan semakin kekurangan sumber.
Dengan pembiayaan 2025 hanya 50 peratus daripada keperluan dan permintaan bantuan meningkat mendadak, UNHCR menggesa sokongan antarabangsa segera, sambil menegaskan bahawa petugas kemanusiaan "tidak dapat meneruskan tindak balas tanpa sokongan dan sumber tambahan."
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Serangan meningkat di utara Mozambique menyebabkan hampir 100,000 orang kehilangan tempat tinggal dalam tempoh dua minggu, dengan keganasan merebak ke kawasan sebelum ini selamat.
- Mangsa melarikan diri akibat kumpulan bersenjata menyerbu kampung, membakar rumah, dan memaksa keluarga melarikan diri sehelai sepinggang, meninggalkan mereka dalam detik cemas yang memisahkan keluarga.
- Wanita, kanak-kanak perempuan, warga emas, dan individu kurang upaya berdepan risiko tinggi terhadap keganasan seksual dan berasaskan gender, sementara tindak balas bantuan kemanusiaan semakin kekurangan sumber.