DUNIA
PBB beri amaran jutaan pelarian hadapi musim sejuk dengan bantuan berkurangan
UNHCR berkata mereka sedang berusaha membantu penduduk di Ukraine yang kini menghadapi musim sejuk keempat dalam keadaan perang dengan suhu sering jatuh hingga negatif 20 darjah Celsius. - Gambar fail/AP
GENEVA: Jutaan pelarian dan orang yang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia bersiap sedia untuk menghadapi musim sejuk yang dingin dengan bantuan yang jauh berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya, menurut Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Dominique Hyde dari UNHCR, berkata disebabkan pengurangan besar dalam bantuan daripada Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan banyak negara lain, sokongan agensi itu kepada pelarian pada musim sejuk ini akan "jauh berkurangan tahun ini."
"Bajet kemanusiaan kini berada pada tahap kritikal, dan bantuan musim sejuk yang kami sediakan tahun ini jauh berkurangan," kata Hyde. "Para keluarga terpaksa menahan kesejukan melampau tanpa keperluan asas yang sering dianggap biasa oleh kebanyakan kita - seperti bumbung yang sempurna, penebat haba, pemanas, selimut, pakaian tebal atau ubat-ubatan.
UNHCR ingin mengumpul dana daripada penderma swasta untuk mengimbangi beberapa potongan dalam sokongan kerajaan. Ia telah melancarkan rayuan derma dengan sasaran sekurang-kurangnya US$35 juta.
Wang itu akan digunakan untuk membaiki rumah yang dibom dan menebat (melindungi) rumah lain, kata agensi PBB itu. Keluarga akan menerima selimut dan wang untuk ubat-ubatan serta makanan panas.
Menurut agensi itu, pakaian musim sejuk untuk seorang kanak-kanak pelarian di Moldova berhargaUS$95. Dengan US$30, sebuah keluarga di Afghanistan boleh menerima dapur tradisional, manakala dengan US$120, sebuah keluarga di Lubnan boleh menambah baik tempat perlindungan mereka agar tahan sejuk.
Agensi itu berkata mereka sedang berusaha membantu penduduk di Ukraine yang kini menghadapi musim sejuk keempat dalam keadaan perang dengan suhu sering jatuh hingga negatif 20 darjah Celsius, serta lebih dua juta rakyat Afghanistan yang terpaksa pulang ke tanah air mereka dari Pakistan dan Iran -sebahagian daripadanya "dengan tangan kosong dan tanpa masa depan yang jelas."
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- UNHCR menghadapi penurunan bantuan yang signifikan daripada negara seperti Jerman dan Amerika Syarikat, menyebabkan sokongan kepada pelarian pada musim sejuk ini berkurangan.
- Agensi tersebut melancarkan rayuan derma dengan sasaran US$35 juta untuk memberi bantuan seperti membaiki rumah, pemberian selimut, ubat-ubatan, dan makanan panas kepada pelarian.
- UNHCR menumpukan usaha membantu penduduk di Ukraine dan lebih dua juta rakyat Afghanistan yang pulang ke tanah air tanpa bekalan asas untuk menghadapi musim sejuk yang mencabar.