DUNIA
PBB beri amaran kesukaran musim sejuk semakin meningkat di Gaza
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan rakan kerjasamanya sedang meningkatkan usaha bantuan kepada orang awam, khususnya kanak-kanak, yang "menderita dengan teruk" sejak dua tahun lepas. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Dengan ketibaan musim sejuk, keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza kekal kritikal, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, ketika persengketaan berterusan terus merumitkan usaha bantuan dan perpindahan penduduk meningkat di Gaza serta Tebing Barat yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu wartawan bahawa Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan rakan kerjasamanya sedang meningkatkan usaha bantuan kepada orang awam, khususnya kanak-kanak, yang "menderita dengan teruk" sejak dua tahun lepas.
Dalam tempoh dua bulan lepas, Dujarric berkata rakan-rakan kemanusiaan telah menyalurkan puluhan ribu barangan penting kepada kanak-kanak di seluruh semenanjung itu bagi persiapan menghadapi cuaca lebih sejuk, termasuk kasut, pakaian, selimut dan tuala.
"Dan dalam 10 hari terakhir November, 160 khemah aktiviti telah diedarkan, membolehkan ribuan kanak-kanak mendapatkan sokongan kesihatan mental, aktiviti sokongan psikososial serta perkhidmatan pengurusan kes," katanya.
Mengenai isu kesihatan, Dujarric berkata pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengetuai pemindahan perubatan 18 pesakit dan 54 pengiring dari Gaza untuk menerima rawatan di luar negara.
"WHO berkata lebih 16,500 pesakit masih memerlukan rawatan menyelamatkan nyawa di luar Semenanjung Gaza.
"Kami terus menggesa pembukaan semua lintasan dan koridor sempadan, termasuk bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan di Tebing Barat, serta menekankan keperluan akses tanpa halangan untuk pasukan perubatan kecemasan antarabangsa memasuki Gaza.
"Dalam tempoh 24 jam lepas, kami terus menerima laporan mengenai serangan udara, bedilan dan tembakan di semua lima kawasan pentadbiran di Semenanjung Gaza," katanya.
Berhubung situasi di Tebing Barat, Dujarric berkata PBB "tetap bimbang" terhadap kesan operasi oleh pasukan Israel di kawasan pentadbiran utara Tubas dan Jenin sejak beberapa hari lepas, susulan laporan mengenai perpindahan penduduk, keadaan tidak selamat, kerosakan rangkaian air dan penutupan beberapa premis komersial.
Dalam tempoh dua hari sahaja, puluhan keluarga Palestin telah dipindahkan keluar dari rumah mereka, yang kemudian dijadikan pos pemerhatian tentera, katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini