awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB beri amaran lapisan ais yang terus mencair

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2023
02:40 MYT
PBB beri amaran lapisan ais yang terus mencair
Presiden Chile Gabriel Boric dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres ketika mengadakan lawatan di bahagian Antartika Chile. - REUTERS
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres memberi amaran bahawa dunia bakal berhadapan bencana akibat daripada lapisan ais yang mencair.
Guterres dijangka akan membawa isu berkenaan di Sidang Kemuncak Iklim PBB, COP28, di Dubai minggu depan.
"Apa yang berlaku di Antartika tidak kekal di Antartika. Dan apa yang berlaku beribu batu jauhnya mempunyai kesan langsung di sini di Antartika. Kita hidup dalam dunia yang saling berkaitan.
"Pencemaran bahan api fosil memanaskan planet kita, mencetuskan anarki iklim di Antartika. Lautan Selatan telah mengambil sebahagian besar haba daripada pemanasan global," katanya.
Guterres ke Antartika bersama Presiden Chile Gabriel Boric.
Kedua-dua mereka melawat glasier di rantau berkenaan serta berhenti untuk melihat koloni penguin.
Guterres akan berucap di PBB COP28 di Dubai minggu depan, di mana beliau akan "menyeru tindakan yang sepadan dengan skala krisis yang dihadapi dunia".
Pemimpin dunia akan hadir ke persidangan tahunan itu dengan tujuan mengekalkan sasaran perjanjian Paris, yang meletakkan kadar pemanasan global pada had 1.5 darjah Celsius.
Seperti yang dinyatakan, ikrar pelepasan karbon negara akan meletakkan dunia di landasan untuk memanas hampir 3 darjah Celsius abad ini.
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#pemanasan global
#lapisan ais
#COP28
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan