awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB beri amaran situasi kemanusiaan di Gaza semakin merosot

Bernama
Bernama
19/07/2025
12:51 MYT
PBB beri amaran situasi kemanusiaan di Gaza semakin merosot
Kekurangan makanan di Gaza telah mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini akibat sekatan Israel ke atas semua lintasan sempadan. - AP
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu memberi amaran bahawa sekatan makanan secara kolektif berisiko menjadi kebiasaan di Gaza, sambil merujuk kepada kekurangan zat makanan dan kebuluran serius yang meluas dalam kalangan penduduk sehingga menyebabkan kematian setiap hari, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan wanita.
Menurut Agensi Berita Qatar (QNA), Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan satu lagi arahan pemindahan, kali ini melibatkan kawasan di utara Gaza, sambil menekankan laporan yang amat membimbangkan mengenai kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kekurangan zat makanan di hospital, dengan sumber yang tidak mencukupi untuk merawat mereka.
Menurut OCHA, krisis tenaga terus meruncing walaupun terdapat penyambungan semula import bahan api yang terhad, dengan kekurangan bahan api menyebabkan operasi kutipan sisa pepejal terpaksa dihentikan sejak dua hari lalu dan lebih banyak telaga air -- khususnya di Deir Al Balah -- telah ditutup.
Ia menjelaskan bahawa perkhidmatan kesihatan tertentu seperti dialisis telah dikurangkan atau dihentikan dan perkhidmatan lain juga perlu dihentikan kerana kekurangan bahan api manakala bahan api kini diutamakan untuk keperluan penting seperti perkhidmatan kesihatan, air, komunikasi dan operasi kenderaan.
Kenyataan itu menegaskan bahawa pergerakan bantuan kemanusiaan di Gaza masih disekat, dengan hanya tujuh daripada 13 percubaan untuk menyelaraskan pergerakan petugas bantuan dan bekalan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Israel.
Dalam perkembangan berkaitan, petugas kemanusiaan PBB melaporkan bahawa serangan harian, kematian yang boleh dicegah, kekurangan bahan api yang semakin buruk, pemindahan paksa penduduk dan keputusasaan telah menyumbang kepada penormalan sekatan kolektif terhadap penduduk Gaza.
Perlu diingat bahawa kekurangan makanan di Gaza telah mencapai tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini akibat sekatan Israel ke atas semua lintasan sempadan, dengan PBB dan organisasi antarabangsa mengesahkan bahawa kebuluran telah menjadi realiti pahit yang dihadapi oleh penduduk Gaza, sementara masyarakat antarabangsa terus tidak bertindak untuk menyelamatkan mereka.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#krisis kemanusiaan
#Gaza
#genosid
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan