Skip to main content

Dunia

PBB beri penghormatan kepada anggota pengaman terkorban di Sudan Selatan

Sumber: UNMISS
Konflik itu terus menimbulkan cabaran besar di Sudan Selatan, mengakibatkan banyak kematian dan jutaan kehilangan tempat tinggal. - Foto X/UNMISS

JUBA: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan (UNMISS) meraikan Hari Antarabangsa Anggota Pengaman PBB pada Jumaat dengan memberikan penghormatan kepada 13 anggota pengaman yang terkorban pada 2025, lapor Xinhua.

Anita Kiki Gbeho, pegawai bertanggungjawab UNMISS, berkata konflik itu terus menimbulkan cabaran besar di Sudan Selatan, mengakibatkan banyak kematian dan jutaan kehilangan tempat tinggal. 

"Anggota pengaman kami melakukan yang terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan menerusi usaha menyelamat dan menambah baik kehidupan. Kami meronda melalui darat, udara dan sungai, membantu menyediakan kehadiran perlindungan dan menghalang keganasan," kata Gbeho di Juba, ibu negara Sudan Selatan.

 

 

Beliau berkata UNMISS berdepan halangan yang semakin meningkat dalam melaksanakan mandat pentingnya, didorong terutamanya oleh krisis kewangan seluruh PBB yang telah memaksa penarikan pasukan pengaman dan penutupan pangkalan strategik.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement