PBB desak pertempuran di Ethiopia dihentikan segera

Astro Awani
November 5, 2021 23:20 MYT
UNSC turut mendesak semua pihak berkepentingan supaya menghentikan provokasi di Ethiopia menerusi ucapan yang boleh mencetuskan keganasan. - Gambar fail
NEW YORK: MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) pada Jumaat mendesak pertempuran di Ethiopia dihentikan segera.
Ini bagi membolehkan akses kepada penghantaran bantuan kemanusiaan di negara itu, untuk mengatasi masalah kebuluran terburuk dunia.
Badan dunia itu turut mendesak semua pihak berkepentingan supaya menghentikan provokasi menerusi ucapan yang boleh mencetuskan keganasan.
Negara anggota turut mendesak kumpulan bertelagah supaya merundingkan gencatan senjata.
Ini bagi membuka ruang dialog supaya krisis diselesaikan dan pada masa sama mewujudkan asas untuk keamanan dan kestabilan.
#UNSC #pertempuran #ethiopia #bantuan kemanusiaan