awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB gantung beberapa program selepas Afghanistan larang wanita bekerja

Bernama
Bernama
30/12/2022
01:30 MYT
PBB gantung beberapa program selepas Afghanistan larang wanita bekerja
Melarang wanita daripada melakukan kerja-kerja kemanusiaan di Afghanistan "mendatangkan kesan yang mengancam nyawa serta-merta bagi semua warga Afghanistan," menurut IASC dalam satu kenyataan. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Beberapa program "kritikal" di Afghanistan telah digantung buat sementara waktu selepas Taliban melaksanakan larangan terhadap wanita yang bekerja dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menurut Jawatankuasa Tetap Antara Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (IASC) pada Rabu.
Melarang wanita daripada melakukan kerja-kerja kemanusiaan di Afghanistan "mendatangkan kesan yang mengancam nyawa serta-merta bagi semua warga Afghanistan," menurut IASC dalam satu kenyataan.
IASC turut menggesa Taliban membatalkan larangan itu.
"Meskipun pertubuhan kemanusiaan terus menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa de facto, kami tidak boleh mengabaikan kekangan operasi yang kini dihadapi komuniti kemanusiaan.
"Kami akan berusaha untuk meneruskan aktiviti menyelamatkan nyawa, dan program kritikal melainkan ia dihalang....
"Tetapi kami menjangkakan bahawa banyak aktiviti perlu ditangguhkan kerana kami tidak dapat menyampaikan bantuan kemanusiaan tanpa pekerja wanita," katanya, lapor dpa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rakan-rakannya, termasuk NGO kebangsaan dan antarabangsa kini menyalurkan bantuan kepada lebih 28 juta rakyat Afghanistan yang bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk kelangsungan hidup mereka, menurut angka PBB.
Taliban telah menyekat hak wanita secara besar-besaran sejak mengambil alih kuasa pada Ogos 2021.
Terbaharu, Taliban melarang wanita meneruskan pengajian di universiti.
--BERNAMA
TAG: Taliban, wanita, PBB
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#IASC
#Taliban
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan