Skip to main content

Dunia

PBB gesa Palestin di Tebing Barat dilindungi, kecam insiden libatkan kanak-kanak

Father and brother of Sam Abu Haykal, a 7-month-old Palestinian child who was killed by Israeli soldiers, carry his body during his funeral in Hebron in the Israeli-occupied West Bank, June 6, 2026. REUTERS/Mussa Qawasma
Bapa dan abang kepada Sam Abu Haykal, anak Palestin berusia tujuh bulan yang terbunuh akibat tembakan tentera Israel, mengusung jenazahnya semasa upacara pengebumiannya di Hebron, Tebing Barat yang diduduki, 6 Jun 2026. - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki dilindungi mengikut undang-undang antarabangsa, susulan beberapa insiden yang mengorbankan dan mencederakan kanak-kanak.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata, pihaknya amat bimbang terhadap keselamatan dan kebajikan penduduk di Tebing Barat, khususnya kanak-kanak.

Menurut beliau, seorang remaja Palestin berusia 16 tahun ditembak mati oleh tentera Israel di Kem Qalandia, berhampiran Baitulmaqdis, pada Ahad.

Dalam kejadian sama, dua lagi kanak-kanak dilaporkan cedera selepas ditembak pada bahagian kaki.

"Ini sekali lagi menjadi peringatan bahawa rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki mesti dilindungi, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.

"Dan mereka yang melakukan pelanggaran mesti dipertanggungjawabkan," katanya pada satu sidang media di New York pada Isnin.

Dalam perkembangan berasingan, PBB turut memaklumkan seorang bayi Palestin berusia empat bulan, Ahmed Marouf Zaid, meninggal dunia di wilayah Ramallah selepas akses mendapatkan rawatan perubatan dilaporkan tertangguh.


 


Menurut laporan pasukan hak asasi manusia PBB, tentera Israel didakwa enggan membuka pintu pagar yang menutup laluan utama ke kampung bayi itu, menyebabkan ambulans yang menunggu di seberang tidak dapat memberikan bantuan dengan segera.

PBB berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan di Tebing Barat yang menyaksikan ketegangan berterusan.

 

Must Watch Video

Advertisement