DUNIA
PBB keluarkan amaran pemindahan besar-besaran susulan arahan Israel
PBB beri amaran mengenai peningkatan pemindahan orang awam di Semenanjung Gaza berikutan serangan ketenteraan Israel dan arahan pemindahan. - Foto AP
HAMILTON (Kanada): Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memberi amaran mengenai peningkatan pemindahan orang awam di Semenanjung Gaza berikutan serangan ketenteraan Israel dan arahan pemindahan baharu di Bandar Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), jurucakap PBB Stephane Dujarric melaporkan dalam sidang media bahawa "tentera Israel dilaporkan menyerang lebih banyak bangunan di Gaza City hari ini".
"Keluarga berkumpul di kawasan terbuka selepas diberi amaran bahawa satu daripada bangunan itu akan diserang, sementara tentera Israel mengarahkan mereka bergerak ke selatan menuju Khan Younis. OCHA berkata ramai daripada mereka tidak pasti ke mana harus dituju selepas itu," katanya.
Menegaskan bahawa "sejak semalam, seluruh Gaza City berada di bawah arahan pemindahan menyeluruh," Dujarric berkata, "Mengeluarkan arahan pemindahan tidak melepaskan pihak-pihak yang terlibat dalam konflik daripada tanggungjawab mereka untuk melindungi orang awam dalam pelaksanaan tindakan ketenteraan mereka."
"Pada hari ini dan semalam, rakan-rakan kami yang menjejaki pergerakan penduduk di Gaza merekodkan lebih 10,000 pemindahan dari kawasan utara ke selatan, kebanyakannya menuju ke arah Khan Yunis.
"Kami menegaskan semula bahawa di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, orang awam dan infrastruktur awam mesti sentiasa dilindungi dan tidak seharusnya menjadi sasaran. Tapak awam juga tidak boleh digunakan untuk melindungi operasi ketenteraan," katanya.
Dujarric turut memberi amaran bahawa "di tengah-tengah halangan berterusan oleh Israel, tahap sokongan kemanusiaan semasa adalah sama sekali tidak mencukupi. Akses kemanusiaan mesti diperluas dan dikekalkan termasuk laluan langsung ke utara dan selatan Semenanjung Gaza."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- PBB beri amaran pemindahan besar-besaran di Gaza selepas serangan Israel dan arahan pemindahan menyeluruh di Bandar Gaza, memaksa ribuan penduduk bergerak ke Khan Yunis.
- Lebih 10,000 orang berpindah dalam dua hari, namun ramai tidak tahu ke mana harus dituju; PBB tekankan pihak bertelagah tetap wajib lindungi orang awam di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
- Tahap bantuan kemanusiaan sangat tidak mencukupi akibat halangan Israel; PBB desak akses kemanusiaan diperluas dan dikekalkan termasuk laluan ke utara dan selatan Gaza.