DUNIA
PBB mulakan proses rasmi pilih Setiausaha Agung baharu
Dari kiri, Michelle Bachelet, Rafael Grossi, Rebeca Grynspan. REUTERS
WASHINGTON: Proses pemilihan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baharu secara rasmi bermula pada Selasa apabila presiden Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung mengeluarkan surat bersama mengundang negara anggota menamakan calon serta menggariskan prosedur bagi bulan-bulan akan datang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Dengan rasa kesal mengambil maklum bahawa belum pernah ada wanita memegang jawatan Setiausaha Agung, dan yakin akan keperluan memastikan peluang sama rata bagi wanita dan lelaki untuk mengakses jawatan kanan dalam pembuatan keputusan, negara anggota digalakkan supaya mempertimbangkan dengan serius untuk menamakan calon wanita.
"Kami juga mengambil maklum kepentingan kepelbagaian serantau dalam pemilihan Setiausaha Agung," tulis mereka.
Pengganti kepada Ketua PBB ketika ini, Antonio Guterres, akan dipilih pada tahun hadapan untuk berkhidmat bagi tempoh lima tahun bermula 1 Jan 2027.
Selaras dengan Artikel 97 Piagam PBB, Setiausaha Agung dilantik oleh Perhimpunan Agung atas syor Majlis Keselamatan.
Individu yang telah secara terbuka menyertai persaingan setakat ini termasuk bekas Presiden Chile Michelle Bachelet, bekas Naib Presiden Costa Rica Rebeca Grynspan dan diplomat Argentina Rafael Grossi, yang juga Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
-- BERNAMA