DUNIA
PBB nantikan hasil perbincangan Putin-Trump di Alaska
Stephane Dujarric, jurucakap PBB. - Gambar fail/REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan perbincangan akan datang antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung konflik Rusia-Ukraine dan akan menunggu hasilnya, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.
"Kami mengalu-alukan dialog di peringkat tertinggi antara dua anggota tetap Majlis Keselamatan ini, dengan banyak isu menjadi agenda.
"Kami tentunya akan memerhati apa yang berlaku dan hasil yang diperoleh daripadanya," lapor agensi berita TASS memetik Dujarric sebagai berkata pada sidang media.
Terdahulu, Trump berkata beliau menjangkakan bertemu Putin di Alaska pada 15 Ogos.
Pembantu Kremlin Yury Ushakov kemudian mengesahkan rancangan itu, sambil berkata bahawa kedua-dua pemimpin akan membincangkan senario bagi mencapai keamanan berkekalan di Ukraine.
-- BERNAMA