awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB potong bantuan makanan untuk dua juta rakyat Afghanistan akibat kekangan pembiayaan

Bernama
Bernama
05/09/2023
09:39 MYT
PBB potong bantuan makanan untuk dua juta rakyat Afghanistan akibat kekangan pembiayaan
WFP menggesa negara penderma untuk memberi keutamaan kepada pembiayaan operasi kemanusiaan di Perhimpunan Agung PBB tahunan yang akan datang di New York. - Reuters
ISLAMABAD: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memotong bantuan makanan kepada dua juta penduduk Afghanistan akibat kekurangan dana yang besar, menurut organisasi itu menerusi satu kenyataan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang terputus bantuan sokongan WFP pada tahun ini mencecah 10 juta.
"Dengan sumber yang sedikit yang kita miliki, kita tidak dapat memenuhi semua orang yang berada di ambang kemiskinan total," kata Hsiao-Wei Lee, pengarah WFP di Afghanistan.
Potongan ini bermaksud 1.4 juta ibu yang baharu melahirkan dan hamil serta anak-anak mereka tidak lagi menerima makanan khas yang direka untuk mencegah malnutrisi, menurut agensi itu.
"Untuk enam bulan yang akan datang, WFP memerlukan US$1 bilion untuk memenuhi keperluan 21 juta orang dengan bantuan makanan, pemakanan, dan sokongan mata pencarian," tambah kenyataan itu.
Afghanistan sedang menghadapi kesan konflik selama 40 tahun, ekonomi yang terjejas, dan kesan krisis iklim.
WFP menggesa negara penderma untuk memberi keutamaan kepada pembiayaan operasi kemanusiaan di Perhimpunan Agung PBB tahunan yang akan datang di New York.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesan konflik
#operasi kemanusiaan
#mata pencarian
#makanan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan