DUNIA
PBB sambut baik kesediaan Hamas terima cadangan Presiden AS berhubung Gaza

Guterres gesa semua pihak merebut peluang ini untuk menamatkan konflik Gaza, serta mengulangi seruan gencatan senjata berkekalan dan akses kemanusiaan tanpa halangan. - Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik dan melihat secara positif kenyataan Hamas yang mengumumkan kesediaannya membebaskan tawanan serta melibatkan diri dengan cadangan terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J. Trump, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Ringkasan AI
- PBB sambut baik kesediaan Hamas untuk membebaskan tawanan dan mempertimbangkan cadangan damai terbaharu oleh Presiden AS Donald Trump.
- Antonio Guterres gesa semua pihak merebut peluang ini untuk menamatkan konflik Gaza, serta mengulangi seruan gencatan senjata berkekalan dan akses kemanusiaan tanpa halangan.
- Qatar dan Mesir diberi penghargaan atas usaha pengantaraan bersama AS; PBB komited menyokong langkah menamatkan peperangan bagi mengelakkan lebih banyak penderitaan.
"Setiausaha Agung mengulangi gesaannya bagi gencatan senjata segera dan berkekalan, pembebasan segera serta tanpa syarat semua tawanan dan akses kemanusiaan tanpa halangan," menurut kenyataan itu.
Beliau menegaskan PBB akan menyokong segala usaha untuk menamatkan peperangan "bagi mengelakkan lebih banyak penderitaan."
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami