NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).

Ia dululuskan bagi menggalakkan perlindungan data, peribadi, pemantauan AI untuk risiko dan melindungi hak asasi manusia.

Resolusi tidak mengikat itu yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan disokong bersama oleh China dan 121 negara lain mengambil masa tiga bulan untuk rundingan selain menyokong pengukuhan dasar privasi.

Menurut Duta AS ke PBB, Linda Thomas-GReenfield, kesemua 193 anggota Perhimpunan Agung PBB telah bersuara dan bersetuju untuk mentadbir kecerdasan buatan daripada membiarkannya ditadbir.

""Hari ini, apabila PBB dan AI akhirnya bertembung, kita mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk memilih sebagai satu komuniti global yang bersatu untuk mentadbir teknologi ini dan bukannya membiarkannya mentadbir kita.

"Jadi, marilah kita mengesahkan bahawa AI  dicipta dan digunakan  bagi keselamatan, hak kemanusiaan dan asasi manusia.

"Marilah kita komited untuk menutup jurang digital dalam dan antara negara dan menggunakan teknologi ini untuk memajukan keutamaan bersama dan menyahut seruan untuk memanfaatkan AI untuk kebaikan semua orang," tambahnya lagi.

Resolusi itu adalah yang terbaharu dalam beberapa siri inisiatif  dengan sebahagian daripadanya menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk membentuk pembangunan AI.

Dalam masa sama terdapat kebimbangan AI boleh mengganggu proses demokrasi, penipuan pengecas turbo atau menyebabkan kehilangan pekerjaan.