awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB: Sekurang-kurangnya 185 terbunuh dalam pertempuran di Sudan

Bernama
Bernama
18/04/2023
03:08 MYT
PBB: Sekurang-kurangnya 185 terbunuh dalam pertempuran di Sudan
Di ibu negara Khartoum, pertempuran sengit masih berterusan di kebanyakan jambatan, di sekitar lapangan terbang antarabangsa dan ibu pejabat tentera. - Gambar REUTERS
NEW YORK: Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan, kata pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jerman Volker Perthes menerusi sidang video di New York.
Di ibu negara Khartoum, pertempuran sengit masih berterusan di kebanyakan jambatan, di sekitar lapangan terbang antarabangsa dan ibu pejabat tentera, katanya. Pertempuran juga berlaku di wilayah Darfur, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Perebutan kuasa yang berlarutan antara tentera di bawah pimpinan pemerintah Abdel Fattah al-Burhan dan saingannya Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai timbalannya Mohammed Hamdan Daglo semakin memuncak pada hujung minggu.
Sehingga kini masih belum jelas puak mana yang mempunyai kelebihan di medan perang memandangkan situasi yang mengelirukan serta kenyataan yang bercanggah daripada kedua-dua pihak dalam konflik itu.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Sudan
#konflik Sudan
#Rapid Support Forces
#Abdel Fattah al-Burhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan