Pegawai Kementerian Pertahanan Arab Saudi ditangkap kerana rasuah

Bernama
Julai 11, 2018 05:17 MYT
Arab Saudi mengambil tindakan untuk memerangi rasuah, sekaligus mencerminkan hasrat serta cita-cita negara untuk mengalakkan urus niaga elaun cukai pelaburan dan persekitaran perniagaan tanpa rasuah. - Gambar hiasan
Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Arab Saudi ditangkap polis kerana didakwa terbabit dengan rasuah, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita Arab Saudi (SPA) pada Selasa.
Pegawai Kementerian Pertahanan itu, didakwa terbabit dengan urus niaga kewangan yang mencurigakan dengan sebuah syarikat perdagangan.
Hasil siasatan mendedahkan suspek mengaku menerima US$266,600 dari sebuah syarikat.
Dua lagi suspek yang terlibat dalam kes itu turut ditangkap.
Tindakan itu antara langkah Arab Saudi untuk memerangi rasuah, sekaligus mencerminkan hasrat serta cita-cita negara untuk mengalakkan urus niaga elaun cukai pelaburan dan persekitaran perniagaan tanpa rasuah.
--BERNAMA
#Arab Saudi #elaun cukai #Kementerian Pertahanan #kewangan #polis #Rasuah #suspek #urus niaga