Skip to main content

Dunia

Pegawai pertahanan tertinggi Iran dilapor terkorban dalam serangan AS-Israel

FILE PHOTO: Iran's Secretary of the Supreme National Security Council Ali Shamkhani meets with Russia's Presidential Aide Igor Levitin in Tehran, Iran, April 9, 2023. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY/File Photo
Shamkhani juga merupakan penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei. - Gambar/ Reuters

ISTANBUL: Setiausaha Majlis Pertahanan Iran Ali Shamkhani, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media Iran pada Ahad.

Shamkhani juga merupakan penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Advertisement

Laporan menyatakan bahawa serangan itu mengorbankan beberapa pegawai kanan pertahanan Iran.

Selain Shamkhani, Jeneral Mohammad Pakpour, komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), turut terkorban dalam serangan berkenaan, menurut beberapa laporan.

Shamkhani, 70, mengetuai rundingan dengan AS mengenai program nuklear Iran.

Beberapa hari sebelum serangan itu, beliau berkata, “Jika isu utama rundingan bukan mengenai pembuatan senjata nuklear oleh Iran, perkara ini adalah selaras dengan dekri agama yang dikeluarkan oleh pemimpin Iran serta doktrin pertahanan negara, dan perjanjian segera boleh dicapai.”

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video