awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump

Bernama
Bernama
26/11/2024
07:00 MYT
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Peguam Khas AS, Jack Smith (kanan) memohon untuk menggugurkan kedua-dua kes terhadap Donald Trump (kiri), termasuk kes memanipulasi keputusan pilihan raya dan pengendalian dokumen sulit. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Peguam Khas Amerika Syarikat (AS) Jack Smith yang sebelum ini mendakwa bekas presiden Donald Trump atas kesalahan memanipulasi keputusan pilihan raya dan pengendalian dokumen sulit memohon untuk menggugurkan kedua-dua kes terhadap presiden terpilih itu pada Isnin, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Peguam Khas AS, Jack Smith, memohon untuk menggugurkan kedua-dua kes terhadap Donald Trump, termasuk kes memanipulasi keputusan pilihan raya dan pengendalian dokumen sulit.
  • Kes memanipulasi keputusan pilihan raya digugurkan tanpa prejudis oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Tanya Chutkan di Washington, sementara kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida.
  • Smith menyatakan bahawa kes memanipulasi keputusan pilihan raya perlu digugurkan sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan, walaupun pendirian kerajaan mengenai asas pendakwaan tidak berubah.

Kes memanipulasi keputusan pilihan raya itu secara rasmi digugurkan tanpa prejudis oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Tanya Chutkan di Washington, selepas Smith mengemukakan permohonan untuk menggugurkannya.
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Dalam pemfailan mahkamah pada Isnin, Smith menyatakan keputusannya untuk menggugurkan kes memanipulasi keputusan pilihan raya itu berdasarkan keperluan Perlembagaan bahawa "kes itu perlu digugurkan sebelum defendan mengangkat sumpah jawatan."
"Pendirian kerajaan mengenai asas pendakwaan terhadap defendan tidak berubah," kata Smith.
Pendakwaan terhadap Trump - berhubung usahanya untuk membatalkan kekalahannya dalam pilihan raya 2020 dan dakwaan pemilikan dokumen pertahanan negara secara tidak sah selepas meninggalkan rumah Putih - menandakan satu bab yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah AS.
Trump telah berikrar untuk memecat Smith selepas kembali ke Rumah Putih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Peguam Khas AS
#Jack Smith
#gugur kes manipulasi pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan