awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam maut ditembak di mahkamah Pakistan

Bernama
Bernama
16/01/2023
21:00 MYT
Peguam maut ditembak di mahkamah Pakistan
Seorang peguam maut ditembak ketika berada di dalam mahkamah di bandar Peshawar barat laut Pakistan pada Isnin. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Seorang peguam maut ditembak ketika berada di dalam mahkamah di bandar Peshawar barat laut Pakistan pada Isnin.
Abdul Latif Afridi, bekas presiden Persatuan Peguam Mahkamah Agung Pakistan, ditembak seorang lelaki ketika sedang duduk bersama peguam lain di Mahkamah Tinggi Peshawar, penguasa kanan polis Peshawar, Kashif Aftab Abbasi memberitahu Xinhua.
Sebanyak enam das tembakan dilepaskan ke arah peguam berkenaan dan suspek ditahan di tempat kejadian.
Polis kini sedang menyiasat bagaimana tertuduh dapat masuk ke dalam mahkamah sambil membawa pistol walaupun dikawal ketat.
Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif melahirkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam atas tragedi itu.
Perdana menteri itu menegaskan bahawa kerajaan wilayah perlu mengambil langkah segera dalam menangani hal itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peguam
#maut ditembak
#mahkamah Pakistan
#peshawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan