Peguam Negara Israel arahkan siasatan terhadap Netanyahu

Agensi
Disember 29, 2016 04:39 MYT
Polis telah menyiasat dakwaan rasuah dan penipuan terhadap Netanyahu. - Gambar Reuters
Peguam Negara Israel telah mengarahkan siasatan jenayah ke atas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor sebuah saluran TV di negara itu.
Channel 10 mendakwa Netanyahu akan dipanggil untuk memberi keterangan berikutan siasatan polis terhadap dua perkara yang tidak dinyatakan.
The Times of Israel melaporkan polis telah menyiasat dakwaan rasuah dan penipuan terhadap Netanyahu.
Tuduhan yang dipercayai berkaitan dengan dakwaan derma, telah ditolak oleh seorang jurucakap pemimpin Israel sebagai "tidak masuk akal".
Netanyahu juga telah dikaitkan dengan tuduhan salah laku dalam pembelian kapal selam dari Jerman, di mana media telah melaporkan konflik kepentingan yang melibatkan peguamnya. Bagaimanapun beliau telah menafikan dakwaan tersebut.
Polis enggan mengesahkan atau menafikan laporan Channel 10.
"Apabila tiba masanya kami akan memaklumkan status siasatan," berkata unit siasatan khas dalam satu kenyataan.
Sehingga kini, belum ada kenyataan dari pihak Netanyahu.
#Benjamin Netanyahu #Israel #kapal selam