Peguam Negara New York kemuka tuntutan sita aset Donald Trump

Agensi
Mac 21, 2024 23:00 MYT
Pejabat Peguam Negara New York mengemukakan perintah mahkamah di daerah Westchester, petanda awal ingin menyita antaranya rumah agam milik Donald Trump (gambar kecil) di Manhattan yang dikenali sebagai Seven Springs.
NEW YORK: Pejabat Peguam Negara New York mengemukakan perintah mahkamah di daerah Westchester, petanda awal ingin menyita padang golf dan rumah agam milik Donald Trump di Manhattan yang dikenali sebagai Seven Springs.
Tuntutan itu dikemukakan pada 6 Mac lalu, seminggu selepas Hakim Arthur Engoron memerintahkan Trump, kedua-dua anaknya Donald Trump Jr dan Eric Trump serta Trump Organization membayar ikat jamin sejumlah AS$464 juta.
Keputusan berkenaan dilihat akan menyukarkan lagi usaha Trump mengumpul dana bagi membayar ikat jamin itu dan menampung cita-citanya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden tidak lama lagi.
Perintah mahkamah merupakan langkah pertama peminjam ambil bagi mendapatkan kembali harta.
Trump kini mempunyai empat hari untuk mengemukakan bayaran bagi menepis perintah mahkamah itu atau merayu kepada Mahkamah Rayuan supaya jumlah yang dikenakan dapat dikurangkan dan menangguhkan bayaran.
Proses bagi menyita aset milik Trump bukan sesuatu yang mudah.
Sebelum ini jutawan itu telah mengenakan liabiliti terhad terhadap syarikatnya. - Agensi
#Peguam Negara New York #sita harta Donald Trump #padang golf Trump #rumah agam Trump