Pejabat Meteorologi Britain keluar amaran merah suhu panas melampau

Astro Awani
Julai 15, 2022 23:30 MYT
Buat pertama kali, suhu di England dijangka cecah 40 darjah Celsius. - Foto AP
LONDON: Pejabat Meteorologi Britain keluarkan amaran peringkat merah atau darurat di beberapa bahagian di England bagi suhu panas melampau.
Ia memaklumkan rekod suhu tinggi dijangka berlaku minggu depan dan turut berisiko mengancam nyawa hingga menyebabkan kematian.
Amaran itu bagi jangkaan Isnin dan Selasa.
Buat pertama kali, suhu di England dijangka cecah 40 darjah Celsius.
Sebelum ini rekod suhu tertinggi di UK adalah 38.7 darjah Celsius pada 2019.
Sementara itu, dua agensi lain keluarkan amaran lebih rendah awal minggu ini bagi sebahagian kawasan di UK.
#amaran peringkat merah #darurat #suhu panas #mengancam nyawa