Pejabat PLO di Washington ditutup

Astro Awani
September 10, 2018 23:32 MYT
Pejabat PLO di Washington yang akan ditutup pentadbiran Donald Trump dalam gambar bertarikh 18 Nov, 2017. (AP Photo / Fail)
Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Isnin mengesahkan pihaknya mengeluarkan arahan penutupan pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington.
Terdahulu, Penasihat Keselamatan Kebangsaan, John Bolton mengumumkan perkara sama sehari sebelum arahan penutupan dikeluarkan.
Dalam ucapannya, Bolton mendakwa tindakan diambil susulan Palestin menolak untuk mengambil langkah bagi memulakan rundingan damai dengan Israel.
Tegasnya lagi, pentabiran Donald Trump menyokong proses perdamaian tersebut namun tidak membenarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atau organisasi lain menghalang misi berkenaan.
#Amerika Syarikat #ICC #John Bolton #Palestin #pejabat #PLO #proses damai #tutup