awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2024
02:40 MYT
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Dalam hal kecemasan dan waktu bekerja yang tidak tetap, peraturan tersebut masih membenarkan majikan menghubungi pekerja mereka. - Gambar hiasan
CANBERRA: Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Undang-undang baharu, yang berkuat kuasa hari ini, menetapkan bahawa kebanyakan pekerja yang enggan membaca atau membalas mesej daripada majikan di luar waktu kerja tidak boleh dikenakan hukuman.
Walau bagaimanapun, dalam hal kecemasan dan waktu bekerja yang tidak tetap, peraturan tersebut masih membenarkan majikan menghubungi pekerja mereka, dan pekerja hanya boleh menolak sekiranya mempunyai alasan yang munasabah.
Hanya Suruhanjaya Kerja Adil (FWC) yang boleh menentukan sama ada penolakan itu munasabah dengan mengambil kira peranan pekerja, keadaan peribadi, serta cara dan sebab panggilan itu dibuat.
Suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah untuk menghentikan panggilan tersebut, dan jika gagal, mengenakan denda sehingga AUD$19,000 (RM56,000) untuk pekerja atau sehingga AUD$94,000 (RM277,000) untuk syarikat.
Topic Berkaitan
#mesej
#hujung minggu
#selepas waktu bekerja
#majikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan