DUNIA
Pekerja bahagian pertahanan Boeing lancar mogok besar akibat pertikaian kontrak
Pekerja memegang plakad semasa mogok yang dianjurkan oleh ahli Persatuan Antarabangsa Juruteknik dan Pekerja Aeroangkasa (IAM) berhubung rundingan kontrak. - Foto REUTERS
MISSOURI: Lebih 3,200 pekerja bahagian pertahanan Boeing di negeri Missouri dan Illinois telah melancarkan mogok pada tengah malam Isnin selepas menolak tawaran kontrak empat tahun yang dikemukakan oleh syarikat gergasi aeroangkasa itu.
Ringkasan AI
Mogok ini merupakan yang pertama dalam bahagian pertahanan Boeing sejak tahun 1996 dan dijangka memberi kesan kepada pengeluaran pesawat pejuang dan sistem ketenteraan utama Amerika Syarikat (AS).
Kesemua pekerja yang terlibat adalah ahli kesatuan International Association of Machinists and Aerospace Workers (IAM) District 837.
Mereka bertugas di kilang-kilang yang menghasilkan pesawat F-15, F/A-18, T-7A Red Hawk dan dron pengisian bahan api MQ-25 untuk Tentera Laut AS.
“Kami telah bersuara dengan jelas. Pekerja kami layak menerima kontrak yang mencerminkan kemahiran, dedikasi dan peranan penting mereka dalam pertahanan negara,” kata wakil IAM, Tom Boelling.
Boeing menyatakan bahawa tawaran terbaharu mereka termasuk purata kenaikan gaji sebanyak 40 peratus dalam tempoh empat tahun, bonus penandatanganan sebanyak AS$5,000, cuti tambahan dan peningkatan faedah kesihatan.
Namun, kesatuan mendakwa tawaran itu gagal menangani isu utama seperti jaminan pekerjaan jangka panjang, kos penjagaan kesihatan dan kesan inflasi terhadap kos sara hidup.
Walaupun Boeing telah mengaktifkan pelan kontingensi dengan menggunakan tenaga kerja bukan kesatuan, pakar industri memberi amaran bahawa mogok berpanjangan boleh melambatkan jadual penghantaran dan menjejaskan rantaian bekalan pertahanan yang sudah pun tertekan akibat kekurangan bahan global dan peningkatan kos.
Mogok ini berlaku ketika Boeing masih bergelut dengan pelbagai isu kualiti pengeluaran dan reputasi keselamatan, termasuk insiden pintu pesawat tercabut pada model 737 MAX dan kemalangan melibatkan pesawat Dreamliner.
Syarikat itu juga baru sahaja pulih daripada mogok tujuh minggu pada tahun lalu yang melibatkan 33,000 pekerja di kilang pesawat komersial di Washington.
Ringkasan AI
- Mogok pertama sejak 1996 tercetus selepas tawaran kontrak empat tahun ditolak, melibatkan pengeluaran pesawat F-15, F/A-18 dan dron MQ-25.
- Walaupun tawaran termasuk kenaikan gaji dan bonus, pekerja dakwa isu utama seperti inflasi dan penjagaan kesihatan tidak ditangani.
- Pakar industri beri amaran mogok berpanjangan boleh ganggu penghantaran, ketika Boeing masih bergelut dengan isu reputasi dan kualiti.