awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam

Bernama
Bernama
16/11/2024
08:05 MYT
Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam
Transport for London pula memaklumkan bahawa mogok itu tidak akan memberi kesan kepada operasi perkhidmatan. - Gambar hiasan/ Reuters
LONDON: Pekerja infrastruktur kereta api di United Kingdom (UK) akan mengadakan mogok selama 24 jam pada Sabtu berikutan pertikaian berkaitan amalan kerja.
Ahli Kesatuan Rel, Maritim dan Pengangkutan (RMT) di Rail for London Infrastructure akan memulakan tindakan pada 6 pagi (0600 GMT), lapor PA Media/dpa.
Kesatuan itu menyatakan tindakan mogok itu akan memberi kesan kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur di Laluan Elizabeth dan tidak akan menjejaskan perkhidmatan.
Transport for London pula memaklumkan bahawa mogok itu tidak akan memberi kesan kepada operasi perkhidmatan.
Setiausaha Agung RMT, Mick Lynch berkata: "Ahli-ahli kami bertindak kerana Rail for London Infrastructure enggan menangani kebimbangan sah mereka dan secara terang-terangan menolak untuk berunding dengan kami.
"Keangkuhan syarikat itu dan sikap tidak peduli terhadap keselamatan pekerja, kenaikan gaji dan syarat kerja adalah tidak boleh diterima.
"Kami tetap bersedia untuk berunding, tetapi tanggungjawab kini terletak pada pihak majikan. Sehingga mereka terlibat secara bermakna dengan kesatuan, ahli-ahli kami akan terus berjuang demi hak mereka dan untuk tempat kerja yang selamat dan adil."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#kereta api
#mogo
#Rail for London Infrastructure
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan