[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau

Bernama 22/04/2025 | 22:45 MYT
Suspek mengaku melakukan pembunuhan dan mendakwa mangsa berpakat untuk membunuhnya. - Gambar hiasan
ANKARA: Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau awal pagi Selasa, menurut pihak polis.
Serangan itu berlaku di Antipolo City, Wilayah Rizal, di timur Manila, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan ABS-CBN.
Menurut polis, suspek memasuki kedai roti dan menikam tujuh rakan sekerjanya hingga maut ketika mereka sedang tidur di dalam bangunan itu. Dia bertindak secara bersendirian dan kemudian menyerah diri.
Suspek lelaki itu ditahan sejurus selepas kejadian. Dalam satu rakaman video yang dimuat naik polis di media sosial, suspek mengaku melakukan pembunuhan dan mendakwa mangsa berpakat untuk membunuhnya.
Pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan itu serta menjalankan penilaian terhadap tahap kesihatan mental suspek.
--BERNAMA-ANADOLU
#kilang roti #tikam #rakan sekerja #bunuh