awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Lapangan Terbang Heathrow mogok, penerbangan mungkin terjejas

Bernama
Bernama
18/11/2022
13:25 MYT
Pekerja Lapangan Terbang Heathrow mogok, penerbangan mungkin terjejas
Gangguan berkemungkinan akan menjejaskan penerbangan yang berlepas dari terminal 2, 3 dan 4. - Gambar/ Twitter @Heathrow Airport
MOSCOW: Lapangan terbang Heathrow di London kini bersiap sedia menghadapi gangguan apabila 350 pekerja penyelenggaraannya melancarkan mogok tiga hari untuk menuntut kenaikan gaji pada Jumaat
Mogok itu turut mendapat sokongan Unite, satu daripada kesatuan terbesar dan terkemuka di United Kingdom.
"350 pekerja, yang merupakan ahli Unite memulakan pemberhentian operasi selama 72 jam mulai 04:00 pada Jumaat, 18 Nov," menurut Unite.
Gangguan berkemungkinan akan menjejaskan penerbangan yang berlepas dari terminal 2, 3 dan 4, khususnya yang dikendalikan American Airlines, Lufthansa, Swiss Air, Austrian Airlines, Egypt Air, Aer Lingus dan Finnair.
Namun, mogok itu tidak menjejaskan Qatar airways yang akan berlepas membawa penumpang untuk menyaksikan Piala Dunia.
Unite berkata mogok itu dianjurkan Menzies (syarikat yang mengendali Heathrow), memandangkan kenaikan gaji yang ditawarkan syarikat kepada pekerjanya seolah-olah tidak masuk akal dan tidak cukup untuk menangani kadar inflasi sebenar pada 14.2 peratus.
Sky News melaporkan pekerja di Lapangan Terbang Heathrow telah pun memulakan mogok dan pihak pengurusan sedang mencari penyelesaian.
"(Pengurusan lapangan terbang) sedang berbincang dengan rakan kongsi syarikat penerbangan kami tentang rancangan luar jangka yang boleh mereka laksanakan... Keutamaan kami ialah memastikan penumpang tidak terganggu akibat kekurangan pengendali," kata jurucakap itu kepada Sky News.
Mogok pekerja semakin kerap di UK selari dengan inflasi yang melambung tinggi yang mencapai rekod 11.1 peratus pada Oktober.
Kegagalan bekas Perdana Menteri Liz Truss untuk mengekang kenaikan harga dan menghapuskan defisit bajet menyebabkan perletakan jawatannya bulan lepas.
Penggantinya Rishi Sunak akan membentangkan pelan kewangan jangka pertengahan pada Khamis yang bergantung kepada kenaikan cukai dan pengurangan perbelanjaan awam untuk menstabilkan ekonomi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Heathrow
#UK
#pekerja mogok
#gangguan jadual penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan