awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Lapangan Terbang San Antonio di Texas maut 'disedut' enjin pesawat

Bernama
Bernama
26/06/2023
02:20 MYT
Pekerja Lapangan Terbang San Antonio di Texas maut 'disedut' enjin pesawat
Seorang pekerja syarikat penerbangan maut selepas 'disedut' enjin pesawat dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio di Texas, Amerika Syarikat. - Gambar media sosial
TEXAS (Amerika Syarikat): Seorang pekerja syarikat penerbangan maut selepas 'disedut' enjin pesawat dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio di Texas.
Kejadian berlaku ketika sebuah pesawat dari Los Angeles baru sahaja mendarat pada kira-kira 10.30 malam hari Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).
Menurut NTSB, pesawat itu milik Delta Air Lines dan pihaknya sedang berhubung dengan syarikat penerbangan berkenaan untuk menjalankan siasatan mengenai insiden itu.
Pekerja itu merupakan kakitangan Unifi yang mempunyai kontrak dengan Delta.
"Kami sedih dan berduka cita dengan kehilangan nyawa ahli keluarga petugas di San Antonio. Simpati dan doa kami buat keluarga, saudara dan rakan mangsa pada masa sukar ini," memetik e-mel Delta.
Sementara itu, Unifi Aviation dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa insiden itu tidak berkaitan dengan proses operasi, prosedur keselamatan dan polisi Unifi.
"Doa kami buat waris mangsa dan kami akan terus memberikan sokongan kepada pekerja kami di lapangan dan memastikan mereka dalam keadaan yang baik pada masa ini," menurut syarikat itu.
Pihak lapangan terbang akan memberikan apa jua maklumat yang diperlukan sebaik memperoleh maklumat lanjut berhubung insiden itu.
"Kami amat sedih dengan kejadian itu dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan," menurut e-mel lapangan terbang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut 'disedut' enjin pesawat
#Terbang Antarabangsa San Antonio
#Delta Air Lines
#Texas Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan