Lambakan sampah membanjiri Birmingham, England, selepas majoriti petugas kebersihan di bandar raya itu dilaporkan dijangkiti virus semasa cuti Krismas.
Bagaimanapun sehingga kini tiada penjelasan berkenaan virus tersebut.
Kekurangan kakitangan menyaksikan beribu-ribu tong sampah yang dipenuhi bahan buangan sepanjang perayaan Krismas dan tahun baharu tidak dipungut.
Ketika banyak pusat pengumpulan kitar semula telah ditutup sempena Krismas dan Tahun Baharu, longgokan sampah di kawasan-kawasan petempatan dijangka kekal sebegitu sehingga empat minggu sebelum mula dibersihkan.
Seorang penduduk yang tinggal di Balsall Heath, Birmingham, memberitahu Daily Mail bahawa dia melihat banyak tikus berkeliaran di kawasan longgokan sampah.
"Ini pemandangan yang buruk pada permulaan tahun baharu ini.
"Saya tidak benarkan anak-anak saya bermain di luar rumah kerana bimbang mereka digigit oleh haiwan perosak atau jatuh di atas timbunan sampah. Majlis bandar raya langsung tidak boleh diharap," kata penduduk yang tidak dinamakan itu.
Majlis Bandar Raya Birmingham menerusi Twitter memohon maaf atas kesulitan itu dan meminta kerjasama penduduk untuk tidak terus membiarkan sampah di luar rumah.
"Jika tidak dipungut dalam masa 48 jam, sila bawa masuk dan tunggu jadual pungutan yang seterusnya.
"Sebagai alternatif, lima pusat kitar semula masih dibuka setiap hari namun anda perlu menunjukkan bukti yang mengesahkan anda penduduk Birmingham," ujar kenyataan di Twitter itu.
Agensi
Thu Jan 02 2020
Kekurangan kakitangan menyaksikan beribu-ribu tong sampah yang dipenuhi dengan sisa sampah.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Wayne Rooney mahu bawa Birmingham kembali ke EPL
Rooney menegaskan bahawa dia bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai pengurus Birmingham dalam misi membawa kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris.
Rooney dilantik sebagai pengurus Birmingham
Bekas kapten England itu menggantikan John Eustace yang dipecat selepas meninggalkan DC United minggu lalu.
Wimbledon: Juara perseorangan lima kali, Venus Williams terima wild card
Williams kembali beraksi dalam acara beregu campuran Isnin lalu dengan menewaskan Camila Giorgi di Rothesay Classic di Birmingham.
E-Sukan Komanwel: Wakil Malaysia sambar dua emas
Wakil Malaysia cemerlang dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel apabila mereka memenangi dua pingat emas pagi tadi.
Sukan Komanwel: Air mata Afiq berderai terlepas pingat
Afiq Ali Hanafiah, tidak dapat mengawal emosinya selepas muncul atlet terakhir melepasi garisan penamat dalam final acara 100 meter T11-12, Sukan Komanwel Birmingham.
Kelompok besar atlet berlepas ke Birmingham 2022 malam ini
Kelompok terbesar kontinjen Malaysia berlepas ke London malam ini bagi menyertai temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Bonnie jangka atlet India, Nigeria pencabar utama di Birmingham
Bonnie menamakan atlet India, Haryana Sudhir dan Rolland Ezuruike dari Nigeria sebagai pencabar utamanya.
Impian Sivasangari ke Sukan Komanwel Birmingham musnah selepas terlibat kemalangan
Impian pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England musnah apabila terlibat dalam kemalangan.
Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.
Sukan SEA Vietnam: Atlet senior perlu butir emas
Ini kerana atlet elit negara tiada pilihan selain meletakkan pingat emas sebagai jaminan, sejajar dengan polisi MOM, yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke temasya itu.