DUNIA
Pekerja pos Minneapolis bantah kehadiran ICE di premis perkhidmatan
Pekerja pos turut menyertai tunjuk perasaan yang diadakan sebagai membantah tindakan ICE, di Minneapolis, Minnesota, AS, 18 Jan 2026. REUTERS
SEKUMPULAN penunjuk perasaan termasuk pekerja perkhidmatan pos berhimpun di luar pejabat pos Amerika Syarikat (AS) di Minneapolis pada Ahad, membantah tindakan Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE).
Mereka membawa plakad "Return ICE to sender" sambil melaungkan protes terhadap langkah ICE menggunakan premis pos sebagai lokasi operasi.
Pengendali surat, Max Olsen, berkata para pekerja tidak bekerjasama dengan ICE atau berkongsi sebarang maklumat dengan agensi tersebut, sambil menyifatkan kehadiran pegawai bersenjata di kawasan pejabat pos sebagai ancaman keselamatan.
“Jika ada orang bersenjata berkeliaran di kawasan kami, itu menimbulkan risiko kepada semua. Kami tidak mahu terdedah kepada situasi begitu,” katanya.
Protes itu diadakan ketika ketegangan meningkat sejak beberapa hari lalu susulan ugutan Presiden Donald Trump pada Khamis, untuk mengguna pakai Akta Pemberontakan (Insurrection Act).
Akta itu digunakan bagi menghantar tentera ke Minnesota, selepas menuduh kepimpinan negeri gagal mengawal apa yang beliau dakwa sebagai “pemberontak” yang menyasarkan pegawai imigresen.
Beberapa minggu kebelakangan ini, sekitar 3,000 pegawai ICE dan ejen Peronda Sempadan dikerahkan ke Minneapolis dan St. Paul.
Ketegangan memuncak selepas seorang ejen ICE menembak mati Renee Good, warganegara AS dan ibu kepada tiga anak, di dalam keretanya pada 7 Jan, sekali gus mencetuskan siri protes besar-besaran terhadap usaha pengusiran oleh pentadbiran Trump di kawasan itu.