DUNIA
Pekerja syarikat penerbangan AS digantung kerja kerana catatan mengenai Charlie Kirk
Delta Air Lines dalam memo dalaman menyatakan bahawa kandungan yang dikongsi oleh pekerjanya “melampaui batas perbincangan sihat. - Gambar hiansan/AP
WASHINGTON: Beberapa syarikat penerbangan utama Amerika Syarikat (AS) termasuk Delta Air Lines, American Airlines dan United Airlines telah menggantung beberapa pekerja susulan catatan media sosial yang dikaitkan dengan pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk minggu lalu.
Ringkasan AI
Delta Air Lines dalam memo dalaman menyatakan bahawa kandungan yang dikongsi oleh pekerjanya “melampaui batas perbincangan sihat dan bertentangan dengan nilai serta dasar media sosial syarikat”.
Ketua Eksekutif Delta, Ed Bastian, menegaskan bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan dan tindakan lanjut termasuk pemecatan mungkin dikenakan.
American Airlines pula mengesahkan bahawa beberapa pekerja telah “dikeluarkan daripada perkhidmatan” selepas didapati mempromosikan keganasan melalui media sosial berkaitan insiden tersebut.
Syarikat itu menyatakan bahawa sebarang tingkah laku yang bersifat kebencian atau menggalakkan keganasan adalah tidak boleh diterima.
United Airlines turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengeluarkan memo kepada juruterbang dan kakitangan, mengingatkan mereka agar mematuhi etika media sosial dan tidak mengaitkan komen peribadi dengan pekerjaan mereka.
Langkah disiplin ini diambil selepas tekanan daripada pentadbiran Presiden Donald Trump, termasuk kenyataan keras oleh Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy, yang menyifatkan tindakan pekerja terbabit sebagai “menjijikkan dan tidak boleh diterima”.
Charlie Kirk, Ketua Pegawai Eksekutif Turning Point USA, ditembak mati pada 13 September di Universiti Utah Valley.
Suspek, Tyler Robinson, telah ditahan oleh FBI dua hari kemudian.
Insiden ini mencetuskan perdebatan nasional mengenai batas kebebasan bersuara, etika pekerja dan tanggungjawab korporat dalam menangani isu politik sensitif.
Ringkasan AI
- Syarikat penerbangan AS gantung pekerja susulan catatan media sosial berkaitan pembunuhan Charlie Kirk, termasuk kandungan yang didakwa mempromosikan keganasan.
- Delta, American dan United Airlines ambil tindakan disiplin, dengan siasatan dalaman dijalankan dan peringatan dikeluarkan mengenai etika media sosial.
- Insiden cetus perdebatan nasional mengenai batas kebebasan bersuara, etika pekerja dan peranan korporat dalam isu politik sensitif.