awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja zoo Cuba raikan kelahiran badak sumbu putih

Agensi
Agensi
25/06/2022
05:05 MYT
Pekerja zoo Cuba raikan kelahiran badak sumbu putih
Ale yang kini menjadi kebanggaan petugas Zoo Cuba, kelihatan sentiasa bersama induknya, Katherine. - Reuters
HAVANA: Para petugas Zoo Cuba kini berbangga dengan kehadiran Ale, seekor anak badak sumbu putih yang selamat dilahirkan awal bulan ini di pinggir Havana, lapor Reuters.
Walaupun pada zahirnya, bentuk anak yang baru dilahirkan sama seperti badak dewasa, ia disifatkan comel kerana saiznya selain sumbu yang kontot dan perilaku jinak serta gemar bermain.
Hakikatnya, badak sumbu putih adalah spesies terancam, dan semua zoo di dunia diminta berikhtiar untuk membiakkannya dalam jagaan rapi dengan harapan sebuah bank sperma dapat dihasilkan, seterusnya mampu mempertahankan kelangsungan kewujudan spesies itu.
"Satu penghormatan buat kami kerana dapat menyumbang kepada usaha menyelamatkan spesies terancam seperti badak sumbu putih ini,” ujar pakar hidupan liar di Zoo Cuba, Alexander Arango.
Cuba kini mempunyai populasi kedua terbesar bagi badak sumbu putih di Amerika Latin dengan sejumlah lapan ekor kesemuanya, dengan kelahiran Ale, dan seekor lagi, Mel, pada 2019. Sebelum itu, hampir dua dekad berlalu tanpa sebarang kelahiran baharu.
Terletak jauh dari Afrika, Cuba yang merupakan negara kepulauan Caribbean dengan sumber yang terhad, kejayaan usaha reproduksi itu menjadi suatu kebanggaan dan kejayaan besar, kata penjaga zoo kepada Reuters.
Badak sumbu putih, antara mamalia darat terbesar, berdepan cabaran getir kerana sering menjadi sasaran pemburu haram di tanah asalnya di sekitar selatan Afrika. Itu menambah tekanan buat pengurusan zoo bagi membiakkan spesies berkenaan.
Topic Berkaitan
#badak sumpu putih
#ale
#zoo cuba
#spesies terancam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan