awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar bawa senjata ditahan sehari selepas insiden tembakan di sekolah rendah Texas

Agensi
Agensi
26/05/2022
04:51 MYT
Pelajar bawa senjata ditahan sehari selepas insiden tembakan di sekolah rendah Texas
Seorang pelajar ditahan kerana membawa senjata api ke sebuah sekolah sehari selepas insiden tembakan rambang yang meragut 21 nyawa pada Rabu.
AUSTIN: Seorang pelajar ditahan di sebuah sekolah menengah di Texas selepas polis menemui senjata AK-47 dan replika senapang AR-15 dalam keretanya pada Rabu, lapor New York Post.
Insiden itu berlaku sehari selepas 19 murid maut ditembak di sebuah sekolah rendah di negeri itu, kata polis.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 21 maut dalam insiden tembakan di sekolah rendah Texas
Polis menangkap lelaki tersebut selepas menerima aduan pekerja di sebuah kedai di Richardson yang menghubungi polis tentang seorang lelaki mencurigakan sedang menuju ke Sekolah Tinggi Berkner.
Menurutnya, dia melihat lelaki itu membawa satu objek yang kelihatan seperti senapang.
Dalam beberapa minit, polis tiba di sekolah dan mendapati pelajar itu berada di dalam bangunan sekolah.
Pelajar itu tidak bersenjata apabila polis menemuinya tetapi penyiasat kemudian menemui dua senjata api di dalam kereta pelajar itu yang diletakkan di kawasan berhampiran, kata pihak berkuasa.
Pelajar itu ditangkap atas dakwaan membawa senjata di kawasan sekolah.
Tiada maklumat lain dikeluarkan mengenai suspek setakat ini.
Pada Rabu, remaja berusia 18 tahun, Salvador Ramos menembak mati 21 mangsa -- 19 murid dan dua guru -- serta mencederakan lebih 12 orang di Sekolah Rendah Robb di Uvalde.
Ramos, mati ditembak anggota peronda yang bergegas ke lokasi selepas mendapat panggilan daripada pihak sekolah.
Serangan itu yang dianggap insiden tembakan paling dahsyat dalam sejarah Texas, meletakkan sekolah, komuniti dan penguatkuasaan undang-undang di seluruh negara dalam keadaan berjaga-jaga.
Topic Berkaitan
#pelajar ditahan
#senjata AK-47
#Sekolah Tinggi Berkner
#Salvador Ramos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan