Pelajar dari negara OIC hadiri majlis iftar di Turki

Bernama
Mei 29, 2019 09:30 MYT
Berlatarbelakang bangunan Hagia Sophia yang tersergam indah, umat Islam berbuka puasa di Dataran Sultanahmet, Istanbul, Turki, 28 Mei, 2019. REUTERS
Seramai 130 pelajar dari negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menghadiri majlis berbuka puasa yang diadakan di Istanbul pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu.
Majlis anjuran Forum Kerjasama Belia Islam (ICYF) Istanbul itu, turut dihadiri konsul jeneral negara anggota OIC, ahli akademik antarabangsa dan wakil pertubuhan bukan kerajaan.
Ketua ICYF, Taha Ayhan berkata terdapat satu daripada tiga golongan muda di dunia tinggal di negara anggota OIC, manakala lebih 500 juta wanita dan lelaki belia mempunyai "peranan besar" untuk memastikan masa depan dunia Islam.
Turut diadakan penyampaian sijil Akademi Diplomasi ICYF.
-- BERNAMA
#buka puasa #Istanbul #oic #pertubuhan kerjasama islam #Turki