awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar di Jepun cedera dalam serangan pisau

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2022
03:05 MYT
Pelajar di Jepun cedera dalam serangan pisau
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Universiti Tokyo, Jepun. - Foto REUTERS
TOKYO: Beberapa pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti Tokyo, Jepun cedera dalam serangan pisau pada Sabtu.
Penyiar awam NHK melaporkan seorang pelajar bertindak menyerang kumpulan pelajar lain dengan sebilah pisau ketika mereka sedang berkumpul untuk menduduki peperiksaan.
Kejadian pada waktu pagi itu menyebabkan sekurang-kurang tiga pelajar cedera, namun dilaporkan dalam keadaan sedar.
Sementara itu akhbar Asahi melaporkan suspek dipercayai pelajar berusia 17 tahun, dan telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun, Jabatan Polis Metropolitan Tokyo enggan mengulas lanjut mengenai butiran serangan tersebut termasuk tidak mengesahkan sebarang tangkapan.
Ketika ini, dianggarkan setengah juta pelajar sekolah menengah di ratusan tempat di seluruh Jepun sedang mengambil peperiksaan tahunan untuk kemasukan universiti.
Jenayah kekerasan jarang berlaku di Jepun, tetapi beberapa serangan menggunakan pisau dilaporkan berlaku di negara itu.
Pada Oktober tahun lalu, satu kejadian serangan pisau dan api ke atas kereta api di Tokyo turut dilaporkan berlaku, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan seorang dalam keadaan serius.
Topic Berkaitan
#Serangan pisau Jepun
#Pelajar Jepun diserang
#ujian kemasukan
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan