DUNIA
Pelajar disyaki terlibat dalam letupan di masjid sekolah di Jakarta
Polis juga menyiasat laporan bahawa suspek dipercayai menjadi mangsa buli oleh rakan sekelas. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Polis Indonesia mengenal pasti seorang pelajar berusia 17 tahun sebagai suspek dalam kejadian letupan di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72 di Kelapa Gading, Jakarta Utara, yang mencederakan lebih 50 orang pada Jumaat.
Ringkasan AI
Ketua Polis Jeneral Listyo Sigit Prabowo berkata Polis Jakarta bersama unit antikeganasan Densus 88 sedang menyiasat latar belakang serta kediaman suspek.
"Maklumat awal menunjukkan suspek merupakan seorang daripada pelajar sekolah terbabit. Itu yang kami tahu buat masa ini, dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam kenyataan pada petang Jumaat.
Beliau berkata suspek dan seorang lagi mangsa sedang menjalani pembedahan, manakala beberapa orang daripada 54 mangsa cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.
Penyiasat turut meneliti beberapa barangan yang dijumpai termasuk replika senapang bertulis "Welcome to Hell" dan "For Agartha", merujuk kepada mitos dunia bawah tanah serta pistol mainan, bom buatan sendiri dan pemetik alat kawalan jauh.
Polis juga menyiasat laporan bahawa suspek dipercayai menjadi mangsa buli oleh rakan sekelas.
Menurut laporan agensi berita Antara, seorang pelajar mendakwa bom itu dibawa oleh rakan sekelas yang sering dibuli, dengan menyatakan tiga bom buatan sendiri ditanam dan dua daripadanya meletup, namun polis belum mengesahkan maklumat itu.
Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad yang melawat mangsa di hospital pada hari sama, turut mengesahkan suspek ialah pelajar berusia 17 tahun.
Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi berkata Presiden Prabowo Subianto telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan mengarahkan agar semua mangsa diberi rawatan sebaiknya.
Beliau juga berkata insiden itu menjadi peringatan agar masyarakat sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan di sekolah serta kawasan kediaman.
Letupan berlaku di masjid sekolah yang terletak dalam kawasan perumahan Tentera Laut Indonesia, menyebabkan jemaah panik dan berlari menyelamatkan diri apabila asap tebal memenuhi ruang solat, lapor media tempatan.
Anggota Tentera Laut turut membantu memindahkan mangsa ke hospital, menurut jurucakapnya Laksamana Muda Tunggul.
Seorang guru, Budi Laksono, berkata khutbah Jumaat baru sahaja bermula apabila letupan berlaku sekitar 12.30 tengah hari waktu tempatan, menurut laporan portal berita Berita Satu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis Indonesia mengenal pasti seorang pelajar berusia 17 tahun sebagai suspek dalam letupan di SMAN 72 di Jakarta Utara yang cederakan lebih 50 orang.
- Suspek dan seorang mangsa sedang menjalani pembedahan, sementara beberapa mangsa lain telah dibenarkan keluar dari hospital.
- Polis menyiasat latar belakang suspek serta replika senjata dan laporan bahawa suspek mungkin menjadi mangsa buli oleh rakan sekelas.