awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Malaysia selamat, kedutaan pantau rapi perkembangan di Bali

Bernama
Bernama
27/11/2017
12:57 MYT
Pelajar Malaysia selamat, kedutaan pantau rapi perkembangan di Bali
Gunung berapi Gunung Agung itu kini semakin aktif mengeluarkan asap dan abu vulkanik sejak mula meletus pada 21 Nov lepas. - Gambar fail
Semua pelajar Malaysia di Bali dilaporkan dalam keadaan selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia melakukan pemantauan secara berterusan berikutan perkembangan terkini berkaitan letusan gunung berapi Agung.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata ketika ini terdapat 155 pelajar Malaysia yang didaftarkan sebagai pelajar perubatan di Universitas Udayana, Bali.
"Setakat ini tiada sebarang pelaporan insiden luar jangka melibatkan pelajar Malaysia atau rakyat Malaysia susulan status gunung berapi Agung yang kini dinaikkan kepada tahap IV (Awas) daripada tahap III (Siaga) sebelum ini, berikutan peningkatan berlakunya letusan," katanya di sini, hari ini.
Zahrain berkata pihak kedutaan juga sedang mengenal pasti jumlah rakyat Malaysia selain pelajar yang kini berada di Bali, terutamanya yang mempunyai urusan peribadi atau melancong.
"Kedutaan Malaysia menyarankan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai urusan penting supaya menangguhkan dahulu rancangan mereka ke Bali ketika ini," katanya.
Rakyat Malaysia yang ketika ini berada di Bali dinasihatkan supaya sentiasa memaklumkan keadaan mereka dengan menghubungi Kedutaan Malaysia di Indonesia di talian +62215224047 atau +6281380813036.
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), gunung berapi itu kini semakin aktif mengeluarkan asap dan abu vulkanik sejak mula meletus pada 21 Nov lepas.
Memetik laporan media dalam talian tempatan, beberapa letusan lagi dilaporkan aktif berlaku pada 25 Nov dan semalam, mengeluarkan asap tebal setinggi 3,000 meter dan Zon Perkiraan Bahaya juga diperluaskan kepada lapan kilometer dari kawah gunung berbanding enam kilometer sebelum ini.
Menurut PVMBG ketika ini keadaan gunung itu dilihat berpotensi untuk mengeluarkan letusan besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bali
#Gunung Agung
#gunung berapi
#Indonesia
#pelajar
#rakyat Malaysia
#Zahrain Mohamed Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan